terbitan baru

  • SUBKONTRATOR GAGAL SIAPKAN ? - * AGONG TANYA KOLAM SELAM TEMPUR LAMBAT SIAP* *MENTERI PERTAHANAN JAWAB:* *SUBKONTRATOR GAGAL SIAPKAN !* *SEPATUTNYA PROJEK YANG BERKAIT DENGAN PERTAHA...
    2 days ago
  • Cerita Dari Masjidil Nabawi Madinah - Salam Labbaikallahumma labbaik, labbaika la syarikalakalabbaik ! (Aku datang menyahut seruanMu, datang dalam keadaan tidak menyekutukanMu dengan sesuatu j...
    2 years ago
  • jangan buat hati mak bapak cuak..! - Geram..? Gelisah..? Galau..? Cuak..? Bimbang..? mana satu perasaan kita sekarang..bila situasi ini berleluasa tanpa pantauan..? mengapa kita masih ambil ...
    5 years ago
  • Try - Percubaan....
    12 years ago
  • Reason???? - Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera, Bersua kita di hari yang berseri ini semula setelah lama, ataupun sangat lama tidak berkongsi pandangan dan buah ...
    14 years ago
  • Si Ligat - Ai... rajin betul anak aku yang sorang ni tolong gosok tudung makciknya. macam disuruh-suruh. Setakat ni, inilah anak aku yang paaaling ligat. Lebih lig...
    15 years ago
  • KISAH BENAR... - Bulan lepas, jam 07:28 aku bangun dari tidur terus ke bilik air..konon2 nak terus mandi tapi bila aku tolak pintu tandas berkunci pulak..aku ketuk..sah mem...
    15 years ago
  • TESTING.... - Assalamualaikum...buat pertama kalinya aku dengan perasaan yg bercampur-baurnya cuba juga utk mengisi ruang yg kosong ni..maklumlah..tak pernah berblog-blo...
    15 years ago

jom borak2....

Sunday, September 14, 2008

karangan anak bos no 3

Bukan semua orang setuju dengan ISA...dan bukan semua orang tak setuju dengan ISA..tapi bagi ummi tak kira sesiapa yg ditangkap atas tuduhan apa sekalipun...ISA bukan cara yg terbaik untuk digunakan..

duk jalan2 mencari cerita2 keluarga mangsa ISA...ummi terjumpa tulisan lama mengenai penahanan anak TGNA,Nik Adli dan rakan2nya...tulisan rintihan dari seorang adik yg kehilangan abang..bukan bercerai nyawa tapi bercerai badan dibalik tirai besi...

nak kata ISA masih diperlukan..?untuk apa ISA digunakan dia era ini...?mungkin kita tak rasai apa yg mereka2 telah rasai..pengalaman ngeri sebagai tahanan ISA, berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul.



"Nik Adli dan rakan - rakannya ditahan di bawah ISA atas tuduhan menjadi pengganas di bumi Malaysia. Dalam ISA, tuduhan adalah bukti yang kukuh. Mahkamah tidak diperlukan. Cukup dengan siasatan SB. SB adalah malaikat yang tak pernah dibolosi kekurangan fakta. Menteri Dalam Negeri yang bertakhta di arasynya hanya menunggu para SBnya berterbangan ke puncak membentang bukti - bukti yang takkan silap, lalu disahkannya. 2 tahun kau ke neraka Kamunting!

Tuduhan juga menyebut bahawa sekolah - sekolah agama, pondok - pondok pengajian Islam yang dibina dan dibajai ilmu para tok guru di kampung telah menjadi sarang merekrut bakal pengganas dan militan agama. Penglibatan mereka di dalam jihad Afghanistan menentang kuasa Rusia yang kufur juga ibarat menyimbah minyak ke api yang sedang marak. Kerana bahaya ini, Nik Adli dan lebih 20 rakan - rakannya ditahan bersama kumpulan pengganas ugama yang lain di bawah ISA.

Tak lama selepas itu, peperangan dilancar ke atas seluruh sekolah ugama rakyat. Tun Dr Mahathir, lagak Yahudi mengebom Lubnan, akhirnya berjaya memaksa kebanyakan sekolah - sekolah ugama tunduk kepada tuntutan pemerintah. Yang berkeras kehabisan bekalan makanan lalu rebah tersadai tanpa guru dan murid. Kalaulah beliau mampu, pasti dipikul usung sekolah - sekolah ugama ini ke Kamunting sama. Kalaulah kuasa nabi Sulaiman alaihis salam dicalit sedikit kepada mereka, itulah jadinya!

Hebatnya kuasa! Kuasa mencipta bukti dan kuasa jua menolak bukti. Kuasa adalah kebenaran. Kebenaran yang menentang kuasa adalah kezaliman. Bila semua tunduk pada kuasa, itulah keadilan!

Inilah manifestasi ISA. Pemerintah memeliharanya seperti sang bomoh memelihara dan menjamu jin iblisnya. Mimiknya, pemerintah ibarat si ‘syarifah’ itulah, bersandar pada kuasa jin iblis itu untuk memakan mangsanya.

ISA menghukum dan memangsa dalam kesamaran. Pertuduhan tanpa pembuktian. Mana dacing/mahkamah? Persaksian tanpa kelayakan. Mana jejeknya pembohongan dan akhlak yang buruk? Penghukuman tanpa keahlian. Mana hakim? Menterikah?? Undang - undang tanpa peri kemanusiaan. Mana hak membela diri? Mana segala hak pemberian Allah??"

rintihan anak2 mangsa ISA....apa yg dapat kita rasa tidak seperti apa yg anak2 itu rasa...tidak semua anak faham dan tabah bila ayah mereka diambil...bukan sehari...bukan seminggu..bukan sebulan..bukan setahun...malah menjangkau 8 tahun...

Anak - anak mereka, siapakah yang dapat meneka jiwa anak - anak kecil apabila melihat sepupu sepupu mereka bergelak ketawa dengan ayah - ayah masing - masing, sedang mereka hanya mampu melihat ayah mereka di jaringan besi yang memisahkan kasih daripada belaian, hilai tawa daripada pelukan?


cerita Marwah Saari dengan luka masih basahnya mungkin melihat ketabahan hati seorang anak...tapi sebenarnya ketabahan anak2 ini melukakan hati orangtua mereka..yang menjanjikan kesempurnaan sebuah keluarga...tapi direnggut oleh tangan2 yg rakus dengan kuasa..sehingga hilang nilai kemanusiaan...

"Peristiwa 10 April 2001 mengenangkan saya sekali lagi pada peristiwa 12 Oktober 1998 di mana ayah di tahan di bawah akta zalim, ISA.
Petang itu, saya dan sahabat rapat pulang lewat kerana menghadiri kelas tuisyen Bahasa Arab. Kak Anfal dan kak Zilal menjemput kami. Pintu kereta dibuka ibarat seorang anak kecil yang terlalu gembira kerana di sambut oleh mama dan ayahnya pada hari pertama persekolahannya.
"Mawah....erm..., Lal cakaplah.." ayat itu terluah dari mulut kakak sulungku.
"Jalanlah dulu kak..." balas adiknya.
"Ayah kene tahan baru aje tadi..." kata kakak sambil tersenyum, seperti mengkhabarkan berita kemenangan.
"Haa?.... betul ke?" reaksi adik yang kebingungan.
"Yee... jangan nangis, ayah tak bagi nangis"
"Fuh....ok, I'm ok..."

Keluhan nafas yang nyata mengeluh kerana kesakitan....ibarat hati yang ditoreh dan di koyakkan oleh seorang doktor yang kebengangan kerana PISAUNYA TUMPUL dan bergerigi. Hati itu menjerit kesakitan.....'sesiapa, tolonglah hilangkan rasa sakit ini', doktor memekakkan telinganya, misi yang bersimpati, menuangkan CUKA keatas torehan itu. Aduh! Kau dah gilakah misi? Aah...daripada kau kesakitan akibat torehan itu, baik kau rasakan kekebasan cuka ini!

Saya sedar, perkara yang sama berulang tetapi kali ini saya mesti tabah..
Kalau ayah kata jangan nangis, saya tak boleh nangis....saya bertahan. Saya mesti lebih tabah daripada dulu. Pasti ada segala hikmah dan makna tersirat di sebaliknya. Sampai di rumah, mama tenang hanya sibuk sedikit, abang melayan rakan-rakan ayah. Beberapa hari selepas itu, mama terlalu sibuk, batuk lelah mamalah yang sayu kedengaran di rumah. Namun, hati anak yang sudah mengerti erti kasih sayang seorang ibu, perjuangan dan pengorbanan seorang ibu ini terkilan. Saya rasa seperti nak tutup sahaja mata ini, tapi mata hati saya tak mengizinkannya, apa yang dapat saya bantu mama hanyalah menolong karenah adik kecil berusia 2 tahun itu, itupun saya tak berjaya melakukannya. Hanya doa yang mampu saya panjatkan kepada Allah,'Ya Allah, tabahkan hati mama, berikanlah kekuatan yang Kau sahaja miliki kepada mama agar mama dapat terus berjuang menyambung perjuangan ayah.... tabahkan juga hati ayah... berikan beliau semangat dan pendirian yang kukuh serta teguh. Bukakanlah hati ayah untuk mendengar rintihan suara anaknya,'ayah, ayah kene kuat, semua orang menaruh harapan kat ayah'.Ya Allah, ku merayu.....'

Di sekolah, saya memainkan watak harian saya seperti biasa, seorang yang tak alpa mengukirkan senyuman sekurang-kurangnya pada 5 masa persekolahan. Rakan-rakan setakat ini memahami. Akal mula berfikir pengorbanan yang saya sumbangkan detik dan saat ini apabila guru berpesan bahawa ayah berjuang menentang kezaliman habis-habisan bukanlah bermakna yang ayah tidak mengenangkan risikonya yang turut akan di tanggung oleh anak-anaknya dan masa depan anak-anaknya, tetapi ayah lebih memikirkan masa depan anak-anak seluruh negara ini. Insya-Allah, di hari perhimpunan kelak, Allah akan menuntut dan membalas segala pengorbanan kami semua."

0 comments:

~banglo sri kuning~ © 2008. Template Design by SkinCorner