terbitan baru

jom borak2....

Thursday, July 24, 2008

karangan ~ABNnasution~ pada 7/24/2008 12:05:00 AM

MUZAKARAH BERTUKAR MUQABALAH

Assalamu'alaikun Wr,Wb

Setelah ada keributan di cangkir kopi dalam soal muzakarah maka ia di tukar dengan istilah Muqabalah, istilah ini mungkin agak baru pada pandangan orang awam,namun pada pandangan orang khusus dalam agama dan ibadat istilah ini agak tua dan selalu di gunakan oleh golongan ahli ibadat terutama golongan Sufi atau tasauf, walau apa pun tujuannya ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul setelah kesilapan yang terlanjur akibat-akibat kerakusan manusia yang mudah hilang pertimbangan semasa berkuasa atau hendakkan kuasa

Muqabalah di maksudkan bersemuka, lazimnya jika mengikut adat, bersemuka ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul setelah ada yang mahu menuntut kebenaran setelah ada pehak yang menginaya atau terinaya, walau apapun tujuan yang asasnya ialah untuk menyelesaikan masalah dan apabila masalah itu sudah di selesaikan maka jangan ulangi lagi demi untuk memupuk persaudaraan dan perpaduan sebagaimana yang di kehendakki oleh agama dan agama menuntut supaya setiap yang membuat penginayaan hendaklah dengan cara terbuka mengakui akan kesalahannya dan yang terasa kena inaya hendaklah juga ikhlas memerima kema'afan, sesungguhnya mema'afkan seseorang ketika yang terinaya mampu membalas dendam itu adalah lebih baik dan mendapat pahala

MEMBETULKAN KESILAPAN

Kita tidak dapat hendak membayangkan apakah yang terjadi pada majlis Muqabalah tersebu, apa yang kita maklum jika majlis muqabalah itu terjadi maka sudah tentu jutaan manusia menunggu akan hasilnya, dan lebih menyenangkan rakyat jika majlis tersebut di siarkan dengan cara langsung (maka sunyi sepilah jalanraya ketika itu dan selamatlah ninyak kenderaan) Dan jika tiada siaran langsung maka di dalam akal manusia mencongak-congak, Apa Pak Lah nak cakap haa! dan Apakah Nik Aziz nak cakap haa! .... dan jika kita mengambil istilah dari pandangan adat (BERSEMUKA) maka MUNGKIN akan jadi begini:

SETELAH DUA KUMPULAN DUDUK SEMEJA

Pak Lah: Assalamu'alaikum Tuan guru! sihat semuanya!

Nik Aziz: Mu'alaikum salam! Al Hamdulillah semuanya sihat!

Pak Lah: Akhirnya dapat juga kita bertemu ye!

Nik Aziz: In sya Allah jika kita semuanya jujur, tak ada masalah!

Pak Lah: Ok boleh kita mulakan!

Nik Aziz: Sila,sila!

Pak Lah: Sebagaimana kita semua maklum, waktu kebelakangan ni bangsa kita sudah berpecah
belah, ini menyebabkan bangsa kita mungkin tidak lagi di hormati oleh bangsa lain,
dan atas tidak bersatunya kita mungkin kuasa lain akan mengambil kesempatan atas perpecahan ini, selain daripada itu ia mungkin akan menjejaskan agama kita juga,oleh
itu mari kita fikirkan bersama,apakah kaedah yang dapat kita guna pakai supaya kita
tetap bersatu bagi kepentingan umah sebagaimana kata hikmat bangsa kita BERSATU
KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Nik Aziz: Ambopun gitu juga,suka melayu ni bersatu tapi mesti ada dasar bersatu tu! di sebabkan kita ni Allah yang jadikan maka kita tanya Allah lagu mano kami ni yang lama berpecah nak bersatu balik, dalam Al Quran sebut BERPEGANG TEGUHLAH KAMU PADA TALI ALLAH DAN JANGAN BERPECAH BELAH, tapi kita la ni TAFARRAQU (berpecah belah)
Pada pandangan ambo sebab kita tidak pegang pada tali Allah, ambo ingat tentu Pak Lah setuju kan? Sebab Al Quran dari Allah tu pun adalah Al Quran Pak Lah jugak kan?

Pak Lah: Saya sangat setuju, tapi nanti kami bincang dulu dalam parti

Nik Aziz: Ehhh! kan kita ni sedang bincang dalam tujuan perjumpaan nih! yang bermatlamatkan perpaduan melayu dan islam!!!

Pak Lah: Ini adalah perkara besar! maksud saya ia melibatkan soal perlembagaan parti, kerana pejuangan Parti kami bertunjangkan kepada semangat bangsa, namun ia tidak bermaksud menolak Al Quran dan kamipun pakai Quran sama seperti Al Quran yang di gunakan oleh Pas

Nik Aziz: Kalau gitu molek benar!!! kita terbalik pulok, kami gunakan Al Quran untuk menjaga bangsa, kerana hal ni Tuhan suruh, tak pe kita tamatkan sini dulu, nanti dah bincang dengan parti kita jumpa lagi

Pak Lah: Ehhh!!! banyak lagi nak bincang nih!!!

Nik Aziz: Tak apa!!! kita minum dulu sambil kita cakap-cakap, tapi di luar peraturan MUQABALAH.......

MUNGKIN!!! beginilah yang berlaku Wallahu A'alam

0 comments:

~banglo sri kuning~ © 2008. Template Design by SkinCorner