terbitan baru

jom borak2....

Sunday, September 14, 2008

karangan anak buah bos

Sunday, July 13, 2008

-Santapan Minda-

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,


Bersyukur kita kerana masih berpeluang berjumpa disaat ini....

Adakah makin baik@jahat, makin meningkat@menurun, makin rajin@malas?

Tengok cermin dan carilah jawapannya........

Perjalanan seharian dilalui juga walaupun semalam masih memanggil.......
Tanpa penyesalan, tanpa penghitungan, tanpa arah tuju, tanpa asas pertimbangan....

Betulkah kita????

Tanpa ragu jawapan kita menjurus kpd "Ya"........

Adakah kita telah mengambil kira segala faktor, segala kemungkinan, segala alternatif, segala pengetahuan, segala aspek, segala penyelesaian, segala akibat ????

Sukar menjawap soalan2 yg ditujukan secara bertalu2, walaupun melalui jln yg sama dilalui setiap hari, minggu, bulan dan tahun......

Adakah kita prihatin terhadap sekeliling????
Ataupun hanya diri sendiri yg penting????????

Jika "Tidak", apa tujuan kita bangun dari tidur setiap hari??
Adakah kita hanya melakukan perkara yg sama setiap hari tanpa mengambil kira perkara2 asas kehidupan????

Jika "Ya", yakinkah anda dgn jawapan anda??
Tidak hendak gunakan talian hayat????

Bagaimana kiranya jika ditanya soalan berikut....
Adakah semua hidupan sama@berbeza????

Ambil satu contoh sebagai pedoman......

Suatu hari, kita sedang berjalan-jalan di bahu jln, kita sedar org disekeliling, kita sedar kenderaan dan bangunan disekeliling, tapi....

Adakah kita sedar akan 2 ekor kumbang yg sedang bergaduh ditepi kaki kita??
Terdapatkah perbezaan ataupun tidak??

Ataupun kita hanya tidak kisah????


Berlagak bagus,

-TigaHamba-

karangan bos

BERITA RUNCIT DALAM NEGARA

Assalamu'alaikum Wr,Wb

1. Tunjuk perasaan di Bukit Aman membantah ISA, bersurai selepas 12 minit atas arahan Polis

2. Perjumpaan tertutup di antara wakil PR dengan PM membincangkan keselamatan negara dan politik negara buat masa akan datang

3. PR akan adakan perhimpunan cara aman di stadium Kelana Jaya bersama kerajaan negeri Selangor pada 15 September 08 untuk raikan hari Malaysia

4. Perhimpunan hari Malaysia 15 September 08 oleh PR di Stadium Kelana Jaya jam 7 malam, dengan upacara berbuka puasa,solat maghrib,solat Isyak dan Tarawih, kemudian di ikuti dengan ceramah oleh pimpinan PR

5. Zaid Ibrahin berkata tahanan ISA akan di lepaskan, dan dia sanggup meletakkan jawatan sekiranya tahanan ISA TIDAK DI LEPASKAN

karangan anak bos no 3

Bukan semua orang setuju dengan ISA...dan bukan semua orang tak setuju dengan ISA..tapi bagi ummi tak kira sesiapa yg ditangkap atas tuduhan apa sekalipun...ISA bukan cara yg terbaik untuk digunakan..

duk jalan2 mencari cerita2 keluarga mangsa ISA...ummi terjumpa tulisan lama mengenai penahanan anak TGNA,Nik Adli dan rakan2nya...tulisan rintihan dari seorang adik yg kehilangan abang..bukan bercerai nyawa tapi bercerai badan dibalik tirai besi...

nak kata ISA masih diperlukan..?untuk apa ISA digunakan dia era ini...?mungkin kita tak rasai apa yg mereka2 telah rasai..pengalaman ngeri sebagai tahanan ISA, berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul.



"Nik Adli dan rakan - rakannya ditahan di bawah ISA atas tuduhan menjadi pengganas di bumi Malaysia. Dalam ISA, tuduhan adalah bukti yang kukuh. Mahkamah tidak diperlukan. Cukup dengan siasatan SB. SB adalah malaikat yang tak pernah dibolosi kekurangan fakta. Menteri Dalam Negeri yang bertakhta di arasynya hanya menunggu para SBnya berterbangan ke puncak membentang bukti - bukti yang takkan silap, lalu disahkannya. 2 tahun kau ke neraka Kamunting!

Tuduhan juga menyebut bahawa sekolah - sekolah agama, pondok - pondok pengajian Islam yang dibina dan dibajai ilmu para tok guru di kampung telah menjadi sarang merekrut bakal pengganas dan militan agama. Penglibatan mereka di dalam jihad Afghanistan menentang kuasa Rusia yang kufur juga ibarat menyimbah minyak ke api yang sedang marak. Kerana bahaya ini, Nik Adli dan lebih 20 rakan - rakannya ditahan bersama kumpulan pengganas ugama yang lain di bawah ISA.

Tak lama selepas itu, peperangan dilancar ke atas seluruh sekolah ugama rakyat. Tun Dr Mahathir, lagak Yahudi mengebom Lubnan, akhirnya berjaya memaksa kebanyakan sekolah - sekolah ugama tunduk kepada tuntutan pemerintah. Yang berkeras kehabisan bekalan makanan lalu rebah tersadai tanpa guru dan murid. Kalaulah beliau mampu, pasti dipikul usung sekolah - sekolah ugama ini ke Kamunting sama. Kalaulah kuasa nabi Sulaiman alaihis salam dicalit sedikit kepada mereka, itulah jadinya!

Hebatnya kuasa! Kuasa mencipta bukti dan kuasa jua menolak bukti. Kuasa adalah kebenaran. Kebenaran yang menentang kuasa adalah kezaliman. Bila semua tunduk pada kuasa, itulah keadilan!

Inilah manifestasi ISA. Pemerintah memeliharanya seperti sang bomoh memelihara dan menjamu jin iblisnya. Mimiknya, pemerintah ibarat si ‘syarifah’ itulah, bersandar pada kuasa jin iblis itu untuk memakan mangsanya.

ISA menghukum dan memangsa dalam kesamaran. Pertuduhan tanpa pembuktian. Mana dacing/mahkamah? Persaksian tanpa kelayakan. Mana jejeknya pembohongan dan akhlak yang buruk? Penghukuman tanpa keahlian. Mana hakim? Menterikah?? Undang - undang tanpa peri kemanusiaan. Mana hak membela diri? Mana segala hak pemberian Allah??"

rintihan anak2 mangsa ISA....apa yg dapat kita rasa tidak seperti apa yg anak2 itu rasa...tidak semua anak faham dan tabah bila ayah mereka diambil...bukan sehari...bukan seminggu..bukan sebulan..bukan setahun...malah menjangkau 8 tahun...

Anak - anak mereka, siapakah yang dapat meneka jiwa anak - anak kecil apabila melihat sepupu sepupu mereka bergelak ketawa dengan ayah - ayah masing - masing, sedang mereka hanya mampu melihat ayah mereka di jaringan besi yang memisahkan kasih daripada belaian, hilai tawa daripada pelukan?


cerita Marwah Saari dengan luka masih basahnya mungkin melihat ketabahan hati seorang anak...tapi sebenarnya ketabahan anak2 ini melukakan hati orangtua mereka..yang menjanjikan kesempurnaan sebuah keluarga...tapi direnggut oleh tangan2 yg rakus dengan kuasa..sehingga hilang nilai kemanusiaan...

"Peristiwa 10 April 2001 mengenangkan saya sekali lagi pada peristiwa 12 Oktober 1998 di mana ayah di tahan di bawah akta zalim, ISA.
Petang itu, saya dan sahabat rapat pulang lewat kerana menghadiri kelas tuisyen Bahasa Arab. Kak Anfal dan kak Zilal menjemput kami. Pintu kereta dibuka ibarat seorang anak kecil yang terlalu gembira kerana di sambut oleh mama dan ayahnya pada hari pertama persekolahannya.
"Mawah....erm..., Lal cakaplah.." ayat itu terluah dari mulut kakak sulungku.
"Jalanlah dulu kak..." balas adiknya.
"Ayah kene tahan baru aje tadi..." kata kakak sambil tersenyum, seperti mengkhabarkan berita kemenangan.
"Haa?.... betul ke?" reaksi adik yang kebingungan.
"Yee... jangan nangis, ayah tak bagi nangis"
"Fuh....ok, I'm ok..."

Keluhan nafas yang nyata mengeluh kerana kesakitan....ibarat hati yang ditoreh dan di koyakkan oleh seorang doktor yang kebengangan kerana PISAUNYA TUMPUL dan bergerigi. Hati itu menjerit kesakitan.....'sesiapa, tolonglah hilangkan rasa sakit ini', doktor memekakkan telinganya, misi yang bersimpati, menuangkan CUKA keatas torehan itu. Aduh! Kau dah gilakah misi? Aah...daripada kau kesakitan akibat torehan itu, baik kau rasakan kekebasan cuka ini!

Saya sedar, perkara yang sama berulang tetapi kali ini saya mesti tabah..
Kalau ayah kata jangan nangis, saya tak boleh nangis....saya bertahan. Saya mesti lebih tabah daripada dulu. Pasti ada segala hikmah dan makna tersirat di sebaliknya. Sampai di rumah, mama tenang hanya sibuk sedikit, abang melayan rakan-rakan ayah. Beberapa hari selepas itu, mama terlalu sibuk, batuk lelah mamalah yang sayu kedengaran di rumah. Namun, hati anak yang sudah mengerti erti kasih sayang seorang ibu, perjuangan dan pengorbanan seorang ibu ini terkilan. Saya rasa seperti nak tutup sahaja mata ini, tapi mata hati saya tak mengizinkannya, apa yang dapat saya bantu mama hanyalah menolong karenah adik kecil berusia 2 tahun itu, itupun saya tak berjaya melakukannya. Hanya doa yang mampu saya panjatkan kepada Allah,'Ya Allah, tabahkan hati mama, berikanlah kekuatan yang Kau sahaja miliki kepada mama agar mama dapat terus berjuang menyambung perjuangan ayah.... tabahkan juga hati ayah... berikan beliau semangat dan pendirian yang kukuh serta teguh. Bukakanlah hati ayah untuk mendengar rintihan suara anaknya,'ayah, ayah kene kuat, semua orang menaruh harapan kat ayah'.Ya Allah, ku merayu.....'

Di sekolah, saya memainkan watak harian saya seperti biasa, seorang yang tak alpa mengukirkan senyuman sekurang-kurangnya pada 5 masa persekolahan. Rakan-rakan setakat ini memahami. Akal mula berfikir pengorbanan yang saya sumbangkan detik dan saat ini apabila guru berpesan bahawa ayah berjuang menentang kezaliman habis-habisan bukanlah bermakna yang ayah tidak mengenangkan risikonya yang turut akan di tanggung oleh anak-anaknya dan masa depan anak-anaknya, tetapi ayah lebih memikirkan masa depan anak-anak seluruh negara ini. Insya-Allah, di hari perhimpunan kelak, Allah akan menuntut dan membalas segala pengorbanan kami semua."

karangan bos

UMNO AKAN BERTARUNG MENJELANG DIS (III)

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Sebagaimana yang kita semua tahu bahawa UMNO dalam keadaan bernafas dalam lumpur, banyak usha untuk memulihkannya akan tetapi masih belom lagi berjaya kerana orang yang menyumpah UMNO mahukan UMNO terus di arkibkan dan hanya boleh di kenali sebagai parti kenangan dalam sejarah, namun walau apapun niat mereka tersebut belum lagi berhasil kerana ada lagi satu laluan baginya untuk hidup bernafas, tetapi dalam keadaan bernafas di dalam lumpur

UMNO sebagai sebuah parti KLASIK yang tidak mudah menjadi hancur begitu saja walaupun kelihatannya macam nak menyembah bumi, UMNO masih boleh bersuara,berjalan,menjeling,berfikir dan sebagainya kerana itu di dalam percaturan politik tanah air ada lima orang penting yang dapat menentukan UMNO sama ada terus hidup atau di arkibkan terus, namun warisan yang di arkibkan inilah juga yang akan jadi pengganti

Ada orang UMNO berkata " Jika UMNO hendak di pulihkan maka mereka yang tertentu kena buat KURANG AJAR sikit, jika tidak nanti ada yang menjadi cacing naik ke mata, pribahasa ini sebenarnya tidak sesuai lagi kerana cacing sudah menjadi sukar untuk hidup pada manusia kerana nilainya yang tinggi dalam pasaran, sebab itu kita kena lihat percaturan lima orang di bawah ini

Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi
Datuk Sri Najib Tun Abd Razak
Muhidin Yassin Naib Presiden
Tengku Razali Hamzah
Tun Dr Mahadhir Muhammad

Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi kedudukannya agak goyang ekoran janjinya hendak menyerahkan kuasa pada Jun 2010 telah di pertikaikan oleh Naib Presiden UMNO Muhidin Yasin, walaupun anggota kabinet telah bersetuju tarih peralihan kuasa itu pada peringkat awal

Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri juga pada awalnya bersetuju dengan plan peralihan kuasa Jun 2010 sudah mula mengikut rentak Muhidin Yasin supaya di percepatkan peralihan kuasa tersebut dengan membuat kenyataan bahawa akar umbi berhak membuat penentuan peralihan kuasa (Cawangan dan bahagian)

Seorang lagi yang berjawatan naib Presidenpun sudah menjawab soalan daripada bahagian UMNO yang menyatakan bahawa perengkat cawangan dan bahagian berhak membuat penentuan tarih peralihan kuasa iaitu Muhammad Mohd Taib juga seorang orang kuat UMNO yang bernafas semula

Nampaknya orang-orang kanan Pak Lah sudah bosan dengan tarikh peralihan kuasa tersebut dan demikian juga dengan juak-juak masing-masing, kesan dari kenyataan yang terakhir yang di buat oleh ramai pandangan itu maka terdengar pula suara untuk memecat Muhidin Yasin kerana dialah yang memulakannya, kemudian baru di ikut oleh yang lain

TERGUGATKAH PAK LAH?
Pak Lah belum tergugat kerana orang Pak Lah yang tidak di ketahui oleh banyak orang sedang bersiap sedia, mereka ini tidak termasuk Najib,Muhidin,Muhamad Taib dan orang kuat yang lain (orang tertentu)

ADAKAH PAK LAH TETAP BERTANDING PRESIDEN?
Pak Lah tetap bertanding jawatan Presiden, soal KU LI nak lawan Pak Lah, itu bukan halangan yang besar sebenarnya walaupun di belakang Ku Li ada Mahadhir ada Najib sekalipun,ada Muhidin sekalipun,ada Muhamad Taib sekalipun

ADAKAH MAHADHIR BERJAYA MASUK UMNO?
Berita mutakhir ini Mahadhir sudah tidak penting lagi,sama ada ia berjaya masuk UMNO atau tidak itu tidak penting, dia di ibarat ada serupa tak ada

BAGAIMANA KEDUDUKAN NAJIB DAN MUHIDIN?
Buat masa ni Najib dan Muhidin atau Mat Taib di biarkan di situ dulu sebab nak jaga suasana sedikit damai, namun jika nak pos yang di atas tu ada kemungkinan melepas

MENGAPA TIBA-TIBA NAMA MUHAMMAD MOHD TAIB MUNCUL?
Dia sebenarnya macam lalang, dia masih boleh selamat jika cepat-cepat beralih pada kamp Pak Lah, kerana Pak Lah sebenarnya masih KUAT, ertinya percaturan ramai sebelom ini adalah salah

BAGAIMANA KEDUDUKAN UMNO SEKARANG?
Kedudukan UMNO masih di tangan Pak Lah, walaupun kelihatan goncang akan tetapi masih kokoh, dan masalah UMNO hanya nak tendang PAK LAH saja, mereka fikir apabila Pak Lah keluar maka UMNO selamat

BAGAIMANA KEKUATIRAN MAHADHIR KEPADA KU LI NAK JOIN PR?
Masalah itu langsung tak timbul dan tak relevan lagi kerana itu plan lama dan sudah bertukar arah

ADAKAH KEMUNGKINAN PR DENGAN GRUP PAK LAH BERSATU?
Itu tak boleh cakap dulu sebab OP VITAL

CERITA NI SANGAT TERBARU?
Ya sangat terbaru, saya hanya boleh cakap tunggu dan lihat,silap langkah banyak yang melepas tak tentu pasal menggigit JARIIIIIIII !

mungkin akan bersambung...........

916 - karangan sya_reformis

TIDUR PEMIMPIN B.N PASTI TIDAK NYENYAK MENUNGGU DETIK BERSEJARAH YANG MANA AKAN BERAKHIRLAH KEKUASAAN MEREKA DI MALAYSIA SETIBANYA TANGGAL 16/9/2008.BAGI PEMIMPIN YANG NAK MULA LOMPAT PARTI TU BOLEHLAH BUAT APA YANG PATUT SEMENTARA SEMPAT...JANGAN MENYESAL KEMUDIAN HARI SUDAHLAH....JANGAN BILA DAH TAKDA KUASA NANTI BARU NAK INSAF...RAKYAT AKAN TERUS BERDOA TARIKH KERAMAT INI AKAN JADI KENYATAAN ATAS IZIN ALLAH SWT...INSYAALLAH...AMIN....

sumber dari sya_reformis

Thursday, July 24, 2008

karangan boss

MUQABALAH BERKAIT DENGAN IBADAT

Sepatutnya umat islam wajib tahu bahawa setiap hari sekurang-kurangnya orang islam yang beriman mereka BERMUQABALAH dengan Tuhan sekurang-kurangnya lima kali setiap hari, ini bermaksud setiap muslim yang mengerjakan solat bermakna ia BERMUQABALAH dengan Tuhan (Bersemuka dengan Tuhan) Kerana itulah umat islam semasa mengerjakan solat hendaklah jangan melakukan SYIRIK kepada Allah s.w.t, semasa kita membaca do'a IFTITAH maka kita membuat pengistiharan kepada Allah dengan menyebut WAJJAHTU WAJHIYA (Aku hadapkan wajahku kepada Allah) dalam tidak berkeadaan syirik, ini bererti jika kita gunakan perkataan MUQABALAH untuk menyelesaikan masalah umat maka kita juga tidak perlu berbohong dan bermuslihat, kerana akhir ayat DO'A IFTITAH itu ialah LILLAHI RABBIL 'ALAMIN, ini juga bukan bererti di dalam sembahyang saja akan tetapi dalam bermujahadah,bermuraqabah dan lain-lain ibadat, berdasarkan kenyataan di atas maka setiap perjumpaan BERSEMUKA hendaklah LILLAHI TA'ALA, ERTINYA JIKA ADA NIAT YANG LAIN MAKA NIAT ITU AKAN HANCUR MENJADI ABU

karangan anak boss no 3

matinya "muzakarah" kerana "muqabalah"....

pendapat ~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~
undefined undefined,
undefined


Tengok gambar di sebelah ni sejuk mata memandang...bukan setakat mata..tapi turun ke hati...

tektik menukarkan perkataan "muzakarah" kepada "muqabalah" sepertinya bumi yg baru lepas disimbah hujan...sejuk,dingin...sampah-sarap juga telah dihanyutkan dek hujan ke laut yg luas..kuang..kuang..kuang....

terhentilah segala gurindam seloka yang sering berkumandang di merata-rata pelusuk alam maya...bukan setakat itu dipeti2 'talibesen' pun sudah sunyi dari mengatakan perkataan "muzakarah" ini....terasa rindu pula nak mendengar analisa2 yg merapu2 dari penyampai2 RTM...TV3 dan yg sewaktu dgnnya...

sunyi..sepi itu yg sedang berlaku hanya disebabkan oleh satu perkataan "muqabalah" ini. ciss...sungguh tidak patut diterbitkan perkataan baru ini...kerana ramai yg terpinga2 apa yg nak dikatakan dgn perkataan ini...apa yg nak dibuat dgn perkataan ini..apa yg boleh kita pergunakan dgn perkataan ini...blurr...blurr...

rasanya tentu ramai yg marah dan tak senang hati bila si"muqabalah" ni mengambil tempat si "muzakarah"..apa tak nya,dah tentu susah nak menghunuskan senjata apa lagi nak melepaskan tembakan..dah kehabisan peluru...terpaksalah mencari peluru baru,kalau boleh kena cari peluru yg lebih canggih, gemilang dan terbilang....ahak2

ummi suka pentafsiran muqabalah oleh sang penarik beca,bahasanya mudah dan sempoi hehehe...seperti yg dibawah ni

Kawan saya di Kota Bharu, seorang Ustaz yang pernah mengaji di Madinah dan ada MA memberitahu: Muqabalah tu ada banyak makna. Ikut konteks ayat. Antaranya interview. Kalau dalam konteks Tok Guru Presiden dan PM, maknanya jumpa, serupa saya jumpa abang kat Restoran Thaqwa. Sembang saja. Lepaih tu, gabuih pungkoq, bangkit pi, tak dak apa boleh ambik manfaat.

Seorang lagi Ustaz (pensyarah) berijazah MA dari universiti tempatan memberitahu: Muqabalah itu bersemuka (interview). Muzakarah pula bincang-bincang. Atau, muqabalah itu jumpa Pak Lah. He he..

tak kiralah apa2 saje istilah yg terbit...yg utama kita perlu pertahankan keutuhan hubungan sesama insan lebih2 lagi yg seagama ditambah lagi satu jemaah, satu matlamat, satu impian iaitu menjaga kedaulatan Islam dan kerharmonian sesama bangsa....kita kena tau bangsa tidak akan hilang akan tetapi Islam akan mudah hilang dan bertukar corak kepada islam yang mungkar serta batil...

~wallahualam~

# pesana penaja....
BILA MINYAK NAK TURUN HARGA NI....??

karangan anak buah boss

Sunday, July 13, 2008

-Santapan Minda-

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,


Bersyukur kita kerana masih berpeluang berjumpa disaat ini....

Adakah makin baik@jahat, makin meningkat@menurun, makin rajin@malas?

Tengok cermin dan carilah jawapannya........

Perjalanan seharian dilalui juga walaupun semalam masih memanggil.......
Tanpa penyesalan, tanpa penghitungan, tanpa arah tuju, tanpa asas pertimbangan....

Betulkah kita????

Tanpa ragu jawapan kita menjurus kpd "Ya"........

Adakah kita telah mengambil kira segala faktor, segala kemungkinan, segala alternatif, segala pengetahuan, segala aspek, segala penyelesaian, segala akibat ????

Sukar menjawap soalan2 yg ditujukan secara bertalu2, walaupun melalui jln yg sama dilalui setiap hari, minggu, bulan dan tahun......

Adakah kita prihatin terhadap sekeliling????
Ataupun hanya diri sendiri yg penting????????

Jika "Tidak", apa tujuan kita bangun dari tidur setiap hari??
Adakah kita hanya melakukan perkara yg sama setiap hari tanpa mengambil kira perkara2 asas kehidupan????

Jika "Ya", yakinkah anda dgn jawapan anda??
Tidak hendak gunakan talian hayat????

Bagaimana kiranya jika ditanya soalan berikut....
Adakah semua hidupan sama@berbeza????

Ambil satu contoh sebagai pedoman......

Suatu hari, kita sedang berjalan-jalan di bahu jln, kita sedar org disekeliling, kita sedar kenderaan dan bangunan disekeliling, tapi....

Adakah kita sedar akan 2 ekor kumbang yg sedang bergaduh ditepi kaki kita??
Terdapatkah perbezaan ataupun tidak??

Ataupun kita hanya tidak kisah????


Berlagak bagus,

-TigaHamba-

karangan anak boss no 9

Tuesday, July 8, 2008 at 6:01 AM
Saper antara korang pergi ke stadium indera mulia, ipoh sempena 100 hari pemerintahan pakatan rakyat?? Aku sebenarnya tak nak citer banyak pasal perhimpunan tue..Memang ramai yang datang..best siot!! Tapi apa yang aku tak boleh lupa...tak pernah seumur idup aku panjat tembok semata mata nak ambik gambar...ekekeke ( nih stail tunang aku gelak..cam popeye kan??) hahahah..aku pun dah ikut terkenan..ciss..
Percaya tak aku panjat tembok?? tapi itu la yang aku buat..ni semua akak punya pasal la, dia nak gambar aku pulak yang kena...aduss..
Tapi memang thrill wa cakap lu...dengan orang ramai, bersesak2..buat muka bodo jer panjat tembok tuh...kihkih..aku join ngan press, gambar yang aku ambik dari bawah celah kangkang press pon ada..(nak gambar nya pasal), tue yang aku dapat gambar dekat tuh walaupun kabur sket..kira ok what?!! maklum la press nya camera jangan cakap la...memang kalah la ngan camera aku..kira puas ati la jugak...heheheh












anak2 dan menantu boss

e'k(muiz) joget zapin cucu boss

chicken dance cucu boss

karangan menantu boss no 6

Allahu Akbar...

Hari ni aku jadi seorang yang pelupa. Aku ingatkan hari ni dah 17hb. Julai... rupa2nya baru 16hb. Julai. Bukan apa, excited sgt sbb 17hb. Julai ni birthday Ba'is. Ibunya excited bukan sbb apa, mana tau kut2 ada rezeki nak makan kek Secret Receipe. Hehehe...

Birthday, birthday jgk... tp debat DSAI dgn wakil BN malam tadi xleh jgk campak ke tepi. Aku tak dpt tgk live kat TV, sbb anak2 aku sibuk nak tgk CERIA. Tak sampai seminit aku kalih, diorg dah menjerit. Eii... tak apalah. Aku yakin mesti ada kat u.tube pya. Dan pagi td, aku tak pegi u.tube dulu... aku pegi blog kakak ipar aku. Fuhh... lega... semuanya dah ada kat situ. Ulasan2 pun dah ada. Xyah la aku sibuk2 nak cari kat U.tube tu. Thanks akak a.k.a ummi anni!

Bila dah tgk, puas hati aku... mmg DSAI byk hujah jika dibandingkan dgn Saberi Cheek yg lbh byk membuat serangan peribadi atas DSAI. Dlm pada tgk tu, aku cuba membayangkan kalau DSAI berdebat dgn Pak Lah. Mau Pak Lah byk ternganga drp berckp. Hehehe... jahat betul fikiran aku ni.

Bila aku tgk debat ni kat ofc, kwn2 lain pun join sama... (xde keje la tu...). Macam2 komen yang diorg buat. Aku tak tahulah diorg ni sokong siapa sbb pagi td diorg berpayung dgn payung BERLAMBANG DACING, tp diorg nmpk cam sokong dgn hujah2 DSAI. Eii... mana2lah...

karangan anak boss no 3

Monday, July 21, 2008

mak aihh...!! bosaunya.....

Pakar biologi cari hidupan laut gergasi

PHNOM PENH - Seorang pakar biologi Amerika Syarikat kini berada di Sungai Mekong bagi mencari hidupan laut yang besar dan disifatkan sebagai gergasi. Dalam mencapai hasrat itu, Zeb Hogan, 34, berjaya menangkap seekor ikan pari yang mempunyai kepanjangan 1.8 meter.

Hogan menjalankan ekspedisinya itu bersama-sama dengan seorang warga Britain yang mempunyai sebuah syarikat perikanan di Kemboja, Rick Humphreys.

Humpreys mempunyai impian untuk mengumpul ikan pari gergasi dan menganggap hasil tangkapan terbaru itu sebagai satu permulaan.

“Ia hanya satu permulaan, terdapat lebih banyak lagi yang besar daripada ini,” kata Humphreys.

Kajian Hogan yang ditaja oleh Persatuan Geografi Nasional bermula sejak tahun 2006 dan memberi sasaran untuk melindungi dan mendokumenkan hidupan laut gergasi dengan berat sekurang-kurangnya 91 kilogram atau mempunyai kepanjangan 1.83 meter.

karangan anak boss no 1-Saturday, July 12, 2008

Saturday, July 12, 2008

TESTING....

Assalamualaikum...buat pertama kalinya aku dengan perasaan yg bercampur-baurnya cuba juga utk mengisi ruang yg kosong ni..maklumlah..tak pernah berblog-blog ni..tak pernah juga berkongsi rasa berkongsi rahsia sebelum ni..apapun,aku kan cuba juga walaupun seperti ayam mematuk..LAMBAT!!!!!!maklumlah..kak long la katakan..yang tua-tua...tapi aku muda la lagi..cuma kengkadang tu LAMPI skit.heheheee...terimalah ku seadanya............

karangan ~ABNnasution~ pada 7/24/2008 12:05:00 AM

MUZAKARAH BERTUKAR MUQABALAH

Assalamu'alaikun Wr,Wb

Setelah ada keributan di cangkir kopi dalam soal muzakarah maka ia di tukar dengan istilah Muqabalah, istilah ini mungkin agak baru pada pandangan orang awam,namun pada pandangan orang khusus dalam agama dan ibadat istilah ini agak tua dan selalu di gunakan oleh golongan ahli ibadat terutama golongan Sufi atau tasauf, walau apa pun tujuannya ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul setelah kesilapan yang terlanjur akibat-akibat kerakusan manusia yang mudah hilang pertimbangan semasa berkuasa atau hendakkan kuasa

Muqabalah di maksudkan bersemuka, lazimnya jika mengikut adat, bersemuka ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul setelah ada yang mahu menuntut kebenaran setelah ada pehak yang menginaya atau terinaya, walau apapun tujuan yang asasnya ialah untuk menyelesaikan masalah dan apabila masalah itu sudah di selesaikan maka jangan ulangi lagi demi untuk memupuk persaudaraan dan perpaduan sebagaimana yang di kehendakki oleh agama dan agama menuntut supaya setiap yang membuat penginayaan hendaklah dengan cara terbuka mengakui akan kesalahannya dan yang terasa kena inaya hendaklah juga ikhlas memerima kema'afan, sesungguhnya mema'afkan seseorang ketika yang terinaya mampu membalas dendam itu adalah lebih baik dan mendapat pahala

MEMBETULKAN KESILAPAN

Kita tidak dapat hendak membayangkan apakah yang terjadi pada majlis Muqabalah tersebu, apa yang kita maklum jika majlis muqabalah itu terjadi maka sudah tentu jutaan manusia menunggu akan hasilnya, dan lebih menyenangkan rakyat jika majlis tersebut di siarkan dengan cara langsung (maka sunyi sepilah jalanraya ketika itu dan selamatlah ninyak kenderaan) Dan jika tiada siaran langsung maka di dalam akal manusia mencongak-congak, Apa Pak Lah nak cakap haa! dan Apakah Nik Aziz nak cakap haa! .... dan jika kita mengambil istilah dari pandangan adat (BERSEMUKA) maka MUNGKIN akan jadi begini:

SETELAH DUA KUMPULAN DUDUK SEMEJA

Pak Lah: Assalamu'alaikum Tuan guru! sihat semuanya!

Nik Aziz: Mu'alaikum salam! Al Hamdulillah semuanya sihat!

Pak Lah: Akhirnya dapat juga kita bertemu ye!

Nik Aziz: In sya Allah jika kita semuanya jujur, tak ada masalah!

Pak Lah: Ok boleh kita mulakan!

Nik Aziz: Sila,sila!

Pak Lah: Sebagaimana kita semua maklum, waktu kebelakangan ni bangsa kita sudah berpecah
belah, ini menyebabkan bangsa kita mungkin tidak lagi di hormati oleh bangsa lain,
dan atas tidak bersatunya kita mungkin kuasa lain akan mengambil kesempatan atas perpecahan ini, selain daripada itu ia mungkin akan menjejaskan agama kita juga,oleh
itu mari kita fikirkan bersama,apakah kaedah yang dapat kita guna pakai supaya kita
tetap bersatu bagi kepentingan umah sebagaimana kata hikmat bangsa kita BERSATU
KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Nik Aziz: Ambopun gitu juga,suka melayu ni bersatu tapi mesti ada dasar bersatu tu! di sebabkan kita ni Allah yang jadikan maka kita tanya Allah lagu mano kami ni yang lama berpecah nak bersatu balik, dalam Al Quran sebut BERPEGANG TEGUHLAH KAMU PADA TALI ALLAH DAN JANGAN BERPECAH BELAH, tapi kita la ni TAFARRAQU (berpecah belah)
Pada pandangan ambo sebab kita tidak pegang pada tali Allah, ambo ingat tentu Pak Lah setuju kan? Sebab Al Quran dari Allah tu pun adalah Al Quran Pak Lah jugak kan?

Pak Lah: Saya sangat setuju, tapi nanti kami bincang dulu dalam parti

Nik Aziz: Ehhh! kan kita ni sedang bincang dalam tujuan perjumpaan nih! yang bermatlamatkan perpaduan melayu dan islam!!!

Pak Lah: Ini adalah perkara besar! maksud saya ia melibatkan soal perlembagaan parti, kerana pejuangan Parti kami bertunjangkan kepada semangat bangsa, namun ia tidak bermaksud menolak Al Quran dan kamipun pakai Quran sama seperti Al Quran yang di gunakan oleh Pas

Nik Aziz: Kalau gitu molek benar!!! kita terbalik pulok, kami gunakan Al Quran untuk menjaga bangsa, kerana hal ni Tuhan suruh, tak pe kita tamatkan sini dulu, nanti dah bincang dengan parti kita jumpa lagi

Pak Lah: Ehhh!!! banyak lagi nak bincang nih!!!

Nik Aziz: Tak apa!!! kita minum dulu sambil kita cakap-cakap, tapi di luar peraturan MUQABALAH.......

MUNGKIN!!! beginilah yang berlaku Wallahu A'alam

Tuesday, July 1, 2008

blog2 kuarga besar boss





  1. menantu boss no 1
  2. menantu boss no 2
  3. anak boss no 3(1)
  4. anak boss no 3(2)
  5. menantu boss 3
  6. anak boss no 4
  7. menantu boss no 6
  8. anak boss no 9
  9. anak buah boss
  10. cucu angkat boss

bagi mereka2 yg telah ada blog bolehla dimaklumkan kepada wakil boss untuk dimasukkan di dalam senarai ini...harap maklum..!!


wakil boss

apabila boss mula miliki blog...

Assalamualaikum....

pengumuman pada semua...
bahawasanya boss kita telah pun mewujudkan blog peribadinya..
kepada semua yg mahu ke blog beliau boleh la ke link ini >>>> ABNnasution
harap maklum..

Friday, June 27, 2008

assalamualaikum....




Kepada semua yg mengenali boss adalah merupakan kuarga boss...
maka semuanya adalah dialu-alukan untuk mendaftarkan diri seberapa segera...!!
dan apa2 saja berita yg berkaitan dgn bos dan jemaah akan diwar2kan disini...
harap maklum....


wakil boss
~banglo sri kuning~ © 2008. Template Design by SkinCorner