terbitan baru

  • SUBKONTRATOR GAGAL SIAPKAN ? - * AGONG TANYA KOLAM SELAM TEMPUR LAMBAT SIAP* *MENTERI PERTAHANAN JAWAB:* *SUBKONTRATOR GAGAL SIAPKAN !* *SEPATUTNYA PROJEK YANG BERKAIT DENGAN PERTAHA...
    3 days ago
  • Cerita Dari Masjidil Nabawi Madinah - Salam Labbaikallahumma labbaik, labbaika la syarikalakalabbaik ! (Aku datang menyahut seruanMu, datang dalam keadaan tidak menyekutukanMu dengan sesuatu j...
    2 years ago
  • jangan buat hati mak bapak cuak..! - Geram..? Gelisah..? Galau..? Cuak..? Bimbang..? mana satu perasaan kita sekarang..bila situasi ini berleluasa tanpa pantauan..? mengapa kita masih ambil ...
    5 years ago
  • Try - Percubaan....
    12 years ago
  • Reason???? - Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera, Bersua kita di hari yang berseri ini semula setelah lama, ataupun sangat lama tidak berkongsi pandangan dan buah ...
    14 years ago
  • Si Ligat - Ai... rajin betul anak aku yang sorang ni tolong gosok tudung makciknya. macam disuruh-suruh. Setakat ni, inilah anak aku yang paaaling ligat. Lebih lig...
    15 years ago
  • KISAH BENAR... - Bulan lepas, jam 07:28 aku bangun dari tidur terus ke bilik air..konon2 nak terus mandi tapi bila aku tolak pintu tandas berkunci pulak..aku ketuk..sah mem...
    15 years ago
  • TESTING.... - Assalamualaikum...buat pertama kalinya aku dengan perasaan yg bercampur-baurnya cuba juga utk mengisi ruang yg kosong ni..maklumlah..tak pernah berblog-blo...
    15 years ago

jom borak2....

Thursday, July 24, 2008

karangan boss

MUQABALAH BERKAIT DENGAN IBADAT

Sepatutnya umat islam wajib tahu bahawa setiap hari sekurang-kurangnya orang islam yang beriman mereka BERMUQABALAH dengan Tuhan sekurang-kurangnya lima kali setiap hari, ini bermaksud setiap muslim yang mengerjakan solat bermakna ia BERMUQABALAH dengan Tuhan (Bersemuka dengan Tuhan) Kerana itulah umat islam semasa mengerjakan solat hendaklah jangan melakukan SYIRIK kepada Allah s.w.t, semasa kita membaca do'a IFTITAH maka kita membuat pengistiharan kepada Allah dengan menyebut WAJJAHTU WAJHIYA (Aku hadapkan wajahku kepada Allah) dalam tidak berkeadaan syirik, ini bererti jika kita gunakan perkataan MUQABALAH untuk menyelesaikan masalah umat maka kita juga tidak perlu berbohong dan bermuslihat, kerana akhir ayat DO'A IFTITAH itu ialah LILLAHI RABBIL 'ALAMIN, ini juga bukan bererti di dalam sembahyang saja akan tetapi dalam bermujahadah,bermuraqabah dan lain-lain ibadat, berdasarkan kenyataan di atas maka setiap perjumpaan BERSEMUKA hendaklah LILLAHI TA'ALA, ERTINYA JIKA ADA NIAT YANG LAIN MAKA NIAT ITU AKAN HANCUR MENJADI ABU

karangan anak boss no 3

matinya "muzakarah" kerana "muqabalah"....

pendapat ~*♥ UmmiAnni :: HaniNasution♥*~
undefined undefined,
undefined


Tengok gambar di sebelah ni sejuk mata memandang...bukan setakat mata..tapi turun ke hati...

tektik menukarkan perkataan "muzakarah" kepada "muqabalah" sepertinya bumi yg baru lepas disimbah hujan...sejuk,dingin...sampah-sarap juga telah dihanyutkan dek hujan ke laut yg luas..kuang..kuang..kuang....

terhentilah segala gurindam seloka yang sering berkumandang di merata-rata pelusuk alam maya...bukan setakat itu dipeti2 'talibesen' pun sudah sunyi dari mengatakan perkataan "muzakarah" ini....terasa rindu pula nak mendengar analisa2 yg merapu2 dari penyampai2 RTM...TV3 dan yg sewaktu dgnnya...

sunyi..sepi itu yg sedang berlaku hanya disebabkan oleh satu perkataan "muqabalah" ini. ciss...sungguh tidak patut diterbitkan perkataan baru ini...kerana ramai yg terpinga2 apa yg nak dikatakan dgn perkataan ini...apa yg nak dibuat dgn perkataan ini..apa yg boleh kita pergunakan dgn perkataan ini...blurr...blurr...

rasanya tentu ramai yg marah dan tak senang hati bila si"muqabalah" ni mengambil tempat si "muzakarah"..apa tak nya,dah tentu susah nak menghunuskan senjata apa lagi nak melepaskan tembakan..dah kehabisan peluru...terpaksalah mencari peluru baru,kalau boleh kena cari peluru yg lebih canggih, gemilang dan terbilang....ahak2

ummi suka pentafsiran muqabalah oleh sang penarik beca,bahasanya mudah dan sempoi hehehe...seperti yg dibawah ni

Kawan saya di Kota Bharu, seorang Ustaz yang pernah mengaji di Madinah dan ada MA memberitahu: Muqabalah tu ada banyak makna. Ikut konteks ayat. Antaranya interview. Kalau dalam konteks Tok Guru Presiden dan PM, maknanya jumpa, serupa saya jumpa abang kat Restoran Thaqwa. Sembang saja. Lepaih tu, gabuih pungkoq, bangkit pi, tak dak apa boleh ambik manfaat.

Seorang lagi Ustaz (pensyarah) berijazah MA dari universiti tempatan memberitahu: Muqabalah itu bersemuka (interview). Muzakarah pula bincang-bincang. Atau, muqabalah itu jumpa Pak Lah. He he..

tak kiralah apa2 saje istilah yg terbit...yg utama kita perlu pertahankan keutuhan hubungan sesama insan lebih2 lagi yg seagama ditambah lagi satu jemaah, satu matlamat, satu impian iaitu menjaga kedaulatan Islam dan kerharmonian sesama bangsa....kita kena tau bangsa tidak akan hilang akan tetapi Islam akan mudah hilang dan bertukar corak kepada islam yang mungkar serta batil...

~wallahualam~

# pesana penaja....
BILA MINYAK NAK TURUN HARGA NI....??

karangan anak buah boss

Sunday, July 13, 2008

-Santapan Minda-

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,


Bersyukur kita kerana masih berpeluang berjumpa disaat ini....

Adakah makin baik@jahat, makin meningkat@menurun, makin rajin@malas?

Tengok cermin dan carilah jawapannya........

Perjalanan seharian dilalui juga walaupun semalam masih memanggil.......
Tanpa penyesalan, tanpa penghitungan, tanpa arah tuju, tanpa asas pertimbangan....

Betulkah kita????

Tanpa ragu jawapan kita menjurus kpd "Ya"........

Adakah kita telah mengambil kira segala faktor, segala kemungkinan, segala alternatif, segala pengetahuan, segala aspek, segala penyelesaian, segala akibat ????

Sukar menjawap soalan2 yg ditujukan secara bertalu2, walaupun melalui jln yg sama dilalui setiap hari, minggu, bulan dan tahun......

Adakah kita prihatin terhadap sekeliling????
Ataupun hanya diri sendiri yg penting????????

Jika "Tidak", apa tujuan kita bangun dari tidur setiap hari??
Adakah kita hanya melakukan perkara yg sama setiap hari tanpa mengambil kira perkara2 asas kehidupan????

Jika "Ya", yakinkah anda dgn jawapan anda??
Tidak hendak gunakan talian hayat????

Bagaimana kiranya jika ditanya soalan berikut....
Adakah semua hidupan sama@berbeza????

Ambil satu contoh sebagai pedoman......

Suatu hari, kita sedang berjalan-jalan di bahu jln, kita sedar org disekeliling, kita sedar kenderaan dan bangunan disekeliling, tapi....

Adakah kita sedar akan 2 ekor kumbang yg sedang bergaduh ditepi kaki kita??
Terdapatkah perbezaan ataupun tidak??

Ataupun kita hanya tidak kisah????


Berlagak bagus,

-TigaHamba-

karangan anak boss no 9

Tuesday, July 8, 2008 at 6:01 AM
Saper antara korang pergi ke stadium indera mulia, ipoh sempena 100 hari pemerintahan pakatan rakyat?? Aku sebenarnya tak nak citer banyak pasal perhimpunan tue..Memang ramai yang datang..best siot!! Tapi apa yang aku tak boleh lupa...tak pernah seumur idup aku panjat tembok semata mata nak ambik gambar...ekekeke ( nih stail tunang aku gelak..cam popeye kan??) hahahah..aku pun dah ikut terkenan..ciss..
Percaya tak aku panjat tembok?? tapi itu la yang aku buat..ni semua akak punya pasal la, dia nak gambar aku pulak yang kena...aduss..
Tapi memang thrill wa cakap lu...dengan orang ramai, bersesak2..buat muka bodo jer panjat tembok tuh...kihkih..aku join ngan press, gambar yang aku ambik dari bawah celah kangkang press pon ada..(nak gambar nya pasal), tue yang aku dapat gambar dekat tuh walaupun kabur sket..kira ok what?!! maklum la press nya camera jangan cakap la...memang kalah la ngan camera aku..kira puas ati la jugak...heheheh












anak2 dan menantu boss

e'k(muiz) joget zapin cucu boss

chicken dance cucu boss

karangan menantu boss no 6

Allahu Akbar...

Hari ni aku jadi seorang yang pelupa. Aku ingatkan hari ni dah 17hb. Julai... rupa2nya baru 16hb. Julai. Bukan apa, excited sgt sbb 17hb. Julai ni birthday Ba'is. Ibunya excited bukan sbb apa, mana tau kut2 ada rezeki nak makan kek Secret Receipe. Hehehe...

Birthday, birthday jgk... tp debat DSAI dgn wakil BN malam tadi xleh jgk campak ke tepi. Aku tak dpt tgk live kat TV, sbb anak2 aku sibuk nak tgk CERIA. Tak sampai seminit aku kalih, diorg dah menjerit. Eii... tak apalah. Aku yakin mesti ada kat u.tube pya. Dan pagi td, aku tak pegi u.tube dulu... aku pegi blog kakak ipar aku. Fuhh... lega... semuanya dah ada kat situ. Ulasan2 pun dah ada. Xyah la aku sibuk2 nak cari kat U.tube tu. Thanks akak a.k.a ummi anni!

Bila dah tgk, puas hati aku... mmg DSAI byk hujah jika dibandingkan dgn Saberi Cheek yg lbh byk membuat serangan peribadi atas DSAI. Dlm pada tgk tu, aku cuba membayangkan kalau DSAI berdebat dgn Pak Lah. Mau Pak Lah byk ternganga drp berckp. Hehehe... jahat betul fikiran aku ni.

Bila aku tgk debat ni kat ofc, kwn2 lain pun join sama... (xde keje la tu...). Macam2 komen yang diorg buat. Aku tak tahulah diorg ni sokong siapa sbb pagi td diorg berpayung dgn payung BERLAMBANG DACING, tp diorg nmpk cam sokong dgn hujah2 DSAI. Eii... mana2lah...

karangan anak boss no 3

Monday, July 21, 2008

mak aihh...!! bosaunya.....

Pakar biologi cari hidupan laut gergasi

PHNOM PENH - Seorang pakar biologi Amerika Syarikat kini berada di Sungai Mekong bagi mencari hidupan laut yang besar dan disifatkan sebagai gergasi. Dalam mencapai hasrat itu, Zeb Hogan, 34, berjaya menangkap seekor ikan pari yang mempunyai kepanjangan 1.8 meter.

Hogan menjalankan ekspedisinya itu bersama-sama dengan seorang warga Britain yang mempunyai sebuah syarikat perikanan di Kemboja, Rick Humphreys.

Humpreys mempunyai impian untuk mengumpul ikan pari gergasi dan menganggap hasil tangkapan terbaru itu sebagai satu permulaan.

“Ia hanya satu permulaan, terdapat lebih banyak lagi yang besar daripada ini,” kata Humphreys.

Kajian Hogan yang ditaja oleh Persatuan Geografi Nasional bermula sejak tahun 2006 dan memberi sasaran untuk melindungi dan mendokumenkan hidupan laut gergasi dengan berat sekurang-kurangnya 91 kilogram atau mempunyai kepanjangan 1.83 meter.

karangan anak boss no 1-Saturday, July 12, 2008

Saturday, July 12, 2008

TESTING....

Assalamualaikum...buat pertama kalinya aku dengan perasaan yg bercampur-baurnya cuba juga utk mengisi ruang yg kosong ni..maklumlah..tak pernah berblog-blog ni..tak pernah juga berkongsi rasa berkongsi rahsia sebelum ni..apapun,aku kan cuba juga walaupun seperti ayam mematuk..LAMBAT!!!!!!maklumlah..kak long la katakan..yang tua-tua...tapi aku muda la lagi..cuma kengkadang tu LAMPI skit.heheheee...terimalah ku seadanya............

karangan ~ABNnasution~ pada 7/24/2008 12:05:00 AM

MUZAKARAH BERTUKAR MUQABALAH

Assalamu'alaikun Wr,Wb

Setelah ada keributan di cangkir kopi dalam soal muzakarah maka ia di tukar dengan istilah Muqabalah, istilah ini mungkin agak baru pada pandangan orang awam,namun pada pandangan orang khusus dalam agama dan ibadat istilah ini agak tua dan selalu di gunakan oleh golongan ahli ibadat terutama golongan Sufi atau tasauf, walau apa pun tujuannya ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul setelah kesilapan yang terlanjur akibat-akibat kerakusan manusia yang mudah hilang pertimbangan semasa berkuasa atau hendakkan kuasa

Muqabalah di maksudkan bersemuka, lazimnya jika mengikut adat, bersemuka ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul setelah ada yang mahu menuntut kebenaran setelah ada pehak yang menginaya atau terinaya, walau apapun tujuan yang asasnya ialah untuk menyelesaikan masalah dan apabila masalah itu sudah di selesaikan maka jangan ulangi lagi demi untuk memupuk persaudaraan dan perpaduan sebagaimana yang di kehendakki oleh agama dan agama menuntut supaya setiap yang membuat penginayaan hendaklah dengan cara terbuka mengakui akan kesalahannya dan yang terasa kena inaya hendaklah juga ikhlas memerima kema'afan, sesungguhnya mema'afkan seseorang ketika yang terinaya mampu membalas dendam itu adalah lebih baik dan mendapat pahala

MEMBETULKAN KESILAPAN

Kita tidak dapat hendak membayangkan apakah yang terjadi pada majlis Muqabalah tersebu, apa yang kita maklum jika majlis muqabalah itu terjadi maka sudah tentu jutaan manusia menunggu akan hasilnya, dan lebih menyenangkan rakyat jika majlis tersebut di siarkan dengan cara langsung (maka sunyi sepilah jalanraya ketika itu dan selamatlah ninyak kenderaan) Dan jika tiada siaran langsung maka di dalam akal manusia mencongak-congak, Apa Pak Lah nak cakap haa! dan Apakah Nik Aziz nak cakap haa! .... dan jika kita mengambil istilah dari pandangan adat (BERSEMUKA) maka MUNGKIN akan jadi begini:

SETELAH DUA KUMPULAN DUDUK SEMEJA

Pak Lah: Assalamu'alaikum Tuan guru! sihat semuanya!

Nik Aziz: Mu'alaikum salam! Al Hamdulillah semuanya sihat!

Pak Lah: Akhirnya dapat juga kita bertemu ye!

Nik Aziz: In sya Allah jika kita semuanya jujur, tak ada masalah!

Pak Lah: Ok boleh kita mulakan!

Nik Aziz: Sila,sila!

Pak Lah: Sebagaimana kita semua maklum, waktu kebelakangan ni bangsa kita sudah berpecah
belah, ini menyebabkan bangsa kita mungkin tidak lagi di hormati oleh bangsa lain,
dan atas tidak bersatunya kita mungkin kuasa lain akan mengambil kesempatan atas perpecahan ini, selain daripada itu ia mungkin akan menjejaskan agama kita juga,oleh
itu mari kita fikirkan bersama,apakah kaedah yang dapat kita guna pakai supaya kita
tetap bersatu bagi kepentingan umah sebagaimana kata hikmat bangsa kita BERSATU
KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Nik Aziz: Ambopun gitu juga,suka melayu ni bersatu tapi mesti ada dasar bersatu tu! di sebabkan kita ni Allah yang jadikan maka kita tanya Allah lagu mano kami ni yang lama berpecah nak bersatu balik, dalam Al Quran sebut BERPEGANG TEGUHLAH KAMU PADA TALI ALLAH DAN JANGAN BERPECAH BELAH, tapi kita la ni TAFARRAQU (berpecah belah)
Pada pandangan ambo sebab kita tidak pegang pada tali Allah, ambo ingat tentu Pak Lah setuju kan? Sebab Al Quran dari Allah tu pun adalah Al Quran Pak Lah jugak kan?

Pak Lah: Saya sangat setuju, tapi nanti kami bincang dulu dalam parti

Nik Aziz: Ehhh! kan kita ni sedang bincang dalam tujuan perjumpaan nih! yang bermatlamatkan perpaduan melayu dan islam!!!

Pak Lah: Ini adalah perkara besar! maksud saya ia melibatkan soal perlembagaan parti, kerana pejuangan Parti kami bertunjangkan kepada semangat bangsa, namun ia tidak bermaksud menolak Al Quran dan kamipun pakai Quran sama seperti Al Quran yang di gunakan oleh Pas

Nik Aziz: Kalau gitu molek benar!!! kita terbalik pulok, kami gunakan Al Quran untuk menjaga bangsa, kerana hal ni Tuhan suruh, tak pe kita tamatkan sini dulu, nanti dah bincang dengan parti kita jumpa lagi

Pak Lah: Ehhh!!! banyak lagi nak bincang nih!!!

Nik Aziz: Tak apa!!! kita minum dulu sambil kita cakap-cakap, tapi di luar peraturan MUQABALAH.......

MUNGKIN!!! beginilah yang berlaku Wallahu A'alam
~banglo sri kuning~ © 2008. Template Design by SkinCorner